Calendar

January 2012
SunMonTueWedThuFriSat
 << < > >>
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031    

Announce

Who's Online?

Member: 0
Visitor: 1

rss Syndication

Archives

06 May 2008 



DALIL KEEMPAT PULUH SATU:
Telah menggunakan pengaruh dan kedudukannya sebagai Pengarah Yayasan Sabah BERSUBAHAT dengan SAMSUDIN BIN YAHYA
yang mengupah 3 orang lelaki, dua daripadanya Awang Damit dan Muhammad mendatangkan kecederaan dengan niat terhadap rakan kongsi Musa, LUE
SUE SENG
sehingga luka parah kerana mendedahkan rahsia hubungan sulit Musa dan Rahmawati kepada umum. Sebagai balasannya, Musa telah memilih SAMSUDIN
YAHYA
(Mantan Pemandu Teksi) sebagai Calon BN bagi DUN Sekong pada pilihanraya umum 2004 yang lalu.Lue Sue Seng pula bertanding dalam
pilihanraya berkenaan sebagai calon bebas kerana ingin membalas dendam di atas kekejaman Musa. Musa secara sedar telah menyalahguna kuasa dan jenayah mengikut
Seksyen 2(1) dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970.


DALIL KEEMPAT PULUH DUA:
Telah menggunakan pengaruh dan kedudukannya sebagai Pengarah Yayasan Sabah membayar sejumlah tertentu kepada KETUA POLIS DAERAH SANDAKAN, ILLYAS IBRAHIM untuk menutup kes jenayah yang dilakukan oleh SAMSUDDIN YAHYA dan Tiga orang lagi terhadapLUE SUE SENG. Samsuddin telah ditangkap polis dan dibebaskan dengan campurtangan Musa dan atas budibicara Ilyas Ibrahim. Setelah menjadi Ketua Menteri Sabah, Musa secara sedar telah melantik ILLYAS IBRAHIM yang juga sepupunya sebagai DATUK BANDAR Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan perkhidmatan ILLYAS IBRAHIM (Datuk) sebagai
Datuk Bandar dilanjutkan selama 2 tahun lagi sebagai membalas jasa Illyas menutup kes SIASATAN jenayah dan subahatnya. Musa secara sedar telah menyalahguna kuasa dan rasuah mengikut Seksyen 2(1) dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970.


DALIL KEEMPAT PULUH TIGA:
Telah menyalahgunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah bersama-sama Ketua UMNO
Bahagian Petagas, DATUK YAHYA HUSSIN dan pegawainya, HAJI KAHAR MOHD ZAIN cuba merasuah dan menghalang
saksi yang disapena oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Integriti,
HAJI JABAR KHAN NAPI @ YASSER ARAFAT
daripada hadir dengan melakukan pelbagai gangguan dan cadangan bagi menghalang Jabar mendedahkan penglibatannya dalam kegiatan memudaratkan Keselamatan Negara. Musa secara sedar telah MENGHINA PARLIMEN dan menyalahguna kuasa dan rasuah mengikut Seksyen 2(1) dan Seksyen 2 (2) Ordinan
22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970.


DALIL KEEMPAT PULUH EMPAT:
Telah menyalahgunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah, Menteri Kewa-ngan dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO
Sabah mempengaruhi dan MENGHALANG Pengarah Badan Pencegah Rasuah Sabah (BPR) Hajjah Latifah Binti Md Yatim
menerima laporan yang saya ingin buat terhadap Musa pada 9 Februari 2007 dan mengarahkan saya datang pada 12 Februari 2007. Menurut Latifah, pihaknya perlu menyiasat terlebih dahulu sebelum boleh menerima laporan dan bercanggah dengan Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang pada dasarnya menggesa agar laporan hendaklah dibuat segera. Ketika saya mengunjungi Latifah pada 12 Februari 2007, saya lihat Lati-fah berada di dalam ketakutan dan meminta agar saya tidak dedahkan kepada media kes Skandal Wisma
Bandaraya kera-na bimbangkan keselamatan semua. Musa secara sedar telah
MENGHALANG TUGAS pegawai awam dan menyalahguna
kuasa mengikut
Seksyen 2(1) dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970.


DALIL KEEMPAT PULUH LIMA:
Telah menyalahgunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah, Menteri Ke-wangan dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah mempengaruhi dan merasuah sejumlah RM? (jumlah sebenar tidak dapat dikenalpasti) Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah Malaysia, Datuk Zulkifli Mohd Noor 10 hingga 11 Februari 2007
dalam perjumpaan sulit di hotel MANDARIN ORIENTAL Kuala Lumpur agar melengahkan siasatan berhu-bung SKANDAL WISMA BANDARAYA.
Musa secara sedar telah
MENGHALANG TUGAS pegawai awam, rasuah dan menyalahguna kuasa mengikut Seksyen 2(1) dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970; Seksyen 12 (1), (a), (b), (c), (d) Bahagian III Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan Seksyen 15 (1) , (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997


DALIL KEEMPAT PULUH ENAM:
Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah, Menteri Kewangan Sabah, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, Pengarah @ Pegawai Eksekutif Yayasan Sabah dan Bendahari UMNO Sabah secara ’Khianat’ telah melumpuhkan ekonomi Sabah telah ’menjual’ dirian isi kayu balak dengan harga RM1,000 hingga RM1,500 sehektar melalui pemberian konsesi pembalakan di kawasan Hutan Simpan, Yayasan Sabah dan Benta Wawasan kepada kroni dan proksinya walaupun secara sedar mengetahui bahawa beliau tidak mem-punyai sebarang kuasa undang-undang untuk meluluskan sebarang kawasan kepada sebarang pihak. Musa telah melum-puhkan ekonomi Sabah dengan kerjasama Nasir Yeo, Admund Looi, John Nip Wing Hon, Andrew Lim dan Michael Chia mengagehkan kawasan balak tanpa mengikut kuota yang ditetapkan oleh Dasar Perhutanan Negeri yang telah menjejaskan sumber kewangan dan aliran tunai Kerajaan Negeri Sabah. Musa telah ’melantik 5 broker’ (Nasir Yeo, Ad-mund Looi, John Nip Wing Hon, Andrew Lim dan Michael Chia) untuk menjual kawasan balak dengan harga yang mahal namun Yayasan Sabah hanya memperolehi RM55 bagi satu meter padu balak. Sehubungan itu Musa telah melakukan Pecah Amanah kerana gagal memastikan akauntabiliti kerajaan menguruskan sumber asli secara efektif, efisen dan ekonomi dan menyalahgunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah dan melakukan kesalahan mengikut Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997), Seksyen 12 (1), (a), (b), (c), (d) Bahagian III Akta Pencegahan Rasuah 1997; Seksyen 15 (1), (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970.



DALIL KEEMPAT PULUH TUJUH:
Telah menggunakan kedudukannya sebagai Pengarah @ Pegawai Eksekutif Yayasan Sabah dan Bendahari UMNO Sabah ’bersubahat’ dengan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Bernard Dompok untuk meluluskan kawasan pembalakan milik Yayasan Sabah yang produktif seluas 189,000 hektar kepada Sabavital Sdn. Bhd, proksi Rintisan Bumi Sdn.Bhd. yang telah menderma sejumlah RM40 juta untuk membantu UMNO Sabah menghadapi Pilihanraya Umum. Musa secara sedar mengetahui bahawa beliau telah melakukan pecah amanah dan melakukan tindakan rasuah kerana menerima derma syarikat berkenaan bagi pihak UMNO tanpa sebarang rekod. Musa sedar dan mengetahui bahawa jawatannya sebagai Pemegang Amanah Yayasan Sabah dan tidak mempunyai sebarang kuasa untuk meluluskan sebarang konsesi milik rakyat Sabah. Sehubungan itu Musa telah melakukan Pecah Amanah kerana gagal memastikan akauntabiliti kerajaan menguruskan sumber asli secara efektif, efisen dan ekonomi dan menggunakan kedudukannya dan bersubahat dengan Ketua Menteri Sabah mengikut Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997), Seksyen 12 (1), (a), (b), (c), (d) Bahagian III Akta Pencegahan Rasuah 1997; Seksyen 15 (1), (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970.


DALIL KEEMPAT PULUH LAPAN:
Telah menggunakan kedudukannya sebagai Pengarah @ Pegawai Eksekutif Yayasan Sabah secara sedar telah melakukan pelbagai tekanan untuk tidak memperbaharui lesen konsesi pembalakan kepada Sabavital Sdn.Bhd di kawasan yang diluluskan sebelum ini dan telah melakukan tindakan di luar perlembagaan dengan mengarahkan Jabatan Perhutanan Sabah membuat pertuduhan palsu dan malafide ke atas Sabavital Sdn. Bhd. yang didakwa kerana "menceroboh hutan simpan, reparian dan menebang balak bersaiz kecil" sehingga syarikat berkenaan didenda RM15 Juta yang dibayar secara ansuran. Bagaimanapun Musa terus mendesak Pengurus Sabavital Sdn. Bhd membayar sejumlah RM10 Juta sebagai ’saguhati’ (Undertable) yang dibayar secara tunai di Hong Kong oleh Tan Sri
K.K.Chai
. Musa telah mengarahkan fail ’jenayah’ Sabavital Sdn.Bhd ditutup setelah menerima bayaran berkenaan. Musa secara sedar telah menjatuhkan imej kerajaan Negeri Sabah dengan melakukan perbuatan keji meminta ’suapan’ daripada Sabah Vital Sdn.Bhd dan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 161, Bab IX, Akta
574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997), Seksyen 12 (1), (a), (b), (c), (d) Bahagian III Akta Pencegahan Rasuah 1997; Seksyen 15 (1), (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997
dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970.


DALIL KEEMPAT PULUH SEMBILAN:
Telah menggunakan kedudukannya sebagai Pengarah @ Pegawai Eksekutif Yaya-san Sabah secara sedar telah mengeluarkan kawasan seluas 28,000
hektar daripada 189,000 hektar iaitu konsesi Sabavital Sdn. Bhd diserahkan kepada proksinya, Datuk Nasir Yeo melalui syarikat Kumpulan Kinabatangan Sdn. Bhd yang ke-mudiannya menjual konsesi tersebut kepada Admund Looi. Musa telah dibayar sejumlah RM28 juta sebagai rasuah iaitu pada kadar RM1,000 bagi sehektar konsesi balak. Nasir Yeo menjualkan konsesi tersebut pada kadar RM1,500 sehektar dan Admund Looi pula menjual kawasan tersebut pada kadar RM2,000 sehektar. Musa sedar dan mengetahui bahawa jawatannya sebagai Pemegang Amanah Yayasan Sabah dan tidak mempunyai sebarang kuasa untuk meluluskan sebarang konsesi milik rakyat Sabah. Musa menyedari bahawa beliau menggunakan jawatannya untuk mendapatkan rasuah daripada Nasir Yeo dan Admund Looi dan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997), Seksyen 12 (1), (a), (b), (c), (d) Bahagian III Akta Pencegahan Rasuah 1997; Seksyen 15 (1), (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970.


DALIL KELIMA PULUH:

Telah menggunakan kedudukannya sebagai Pengarah @ Pegawai Eksekutif Yayasan Sabah secara sedar telah mengeluarkan kawasan seluas 32,000 hektar
daripada 189,000 hektar iaitu konsesi Sabavital Sdn.Bhd diserahkan kepada proksinya, Lue Su Seng melalui syarikat Pinawantai Sdn.Bhd yang kemudiannya diserahkan kepada Andrew Lim dengan imbalan tunai sejumlah RM32 juta iaitu pada kadar RM1,000 bagi sehektar konsesi balak. Musa secara sedar mengetahui bahawa
Syarikat Kumpulan Kinabatangan Sdn.Bhd dan Pinawantai Sdn.Bhd adalah dimiliki oleh sebuah syarikat yang sama iaitu Key Height Sdn.Bhd, anak syarikat Aokam Perdana Berhad. Musa menyedari bahawa sebagai Pemegang Amanah Yayasan Sabah dan tidak mempunyai
sebarang kuasa untuk meluluskan sebarang konsesi milik rakyat Sabah. Musa secara sedar menerima rasuah dan melakukan kesalahan di bawah
Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997), Seksyen 12 (1), (a), (b), (c), (d) Bahagian III Akta Pencegahan Rasuah 1997; Seksyen 15 (1), (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970.



DALIL KELIMA PULUH SATU:
Telah menggunakan kedudukannya sebagai Pengarah @ Pegawai Eksekutif Yayasan Sabah secara sedar telah meluluskan konsesi pembalakan di kawasan Yayasan Sabah Keningau seluas 5,000 hektar ke-pada syarikat Wincohasil Sdn.Bhd. Musa secara sedar mengetahui bahawa Syarikat Kumpulan Kinabatangan Sdn.Bhd dan Pinawantai Sdn.Bhd dan Wincohasil Sdn.Bhd adalah dimiliki oleh sebuah syarikat yang sama iaitu Key Height Sdn.Bhd,
anak syarikat
Aokam Perdana Berhad. Musa menyedari bahawa sebagai Pemegang Amanah Yayasan Sabah dan tidak mempunyai sebarang kuasa untuk meluluskan sebarang konsesi milik rakyat Sabah untuk mendapat wang secara mudah iaitu RM5 juta daripada pemberian konsesi pembalakan ini. Musa secara sedar menerima rasuah dan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997), Seksyen 12 (1), (a), (b), (c), (d) Bahagian III Akta Pencegahan Rasuah 1997; Seksyen 15 (1), (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997
dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970.


DALIL KELIMA PULUH DUA:
Telah menggunakan kedudukannya sebagai Pengarah @ Pegawai Eksekutif Yayasan Sa-bah secara sedar telah meluluskan konsesi pembalakan di kawasan Yayasan Sabah seluas 26,000 hektar kepada broker-nya, Andrew Lim melalui syarikat Cergas Kenari Sdn. Bhd (anak syarikat Priceworth Wood Products Berhad) dan telah menerima sejumlah RM26 juta daripada Andrew Lim daripada penjualan konsesi berkenaan.Musa secara sedar telah menerima rasuah dan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997), Seksyen 12 (1), (a), (b), (c), (d) Bahagian III Akta Pencegahan Rasuah 1997; Seksyen 15 (1), (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah
1997
dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970.


DALIL KELIMA PULUH TIGA:
Telah menggunakan kedudukannya sebagai Pengarah @ Pegawai Eksekutif Yayasan Sabah secara sedar telah meluluskan konsesi pembalakan di kawasan Yayasan Sabah seluas 12,700 hektar kepada bro-kernya, Andrew Lim melalui syarikat Maxland Sdn.Bhd (anak syarikat Priceworth Wood Products Berhad) dan telah menerima sejumlah RM13 juta daripada Andrew Lim daripada penjualan konsesi berkenaan. Musa secara sedar telah me-nerima rasuah
dan melakukan kesalahan di bawah
Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997), Seksyen 12 (1), (a), (b), (c), (d) Bahagian III Akta Pencegahan Rasuah 1997; Seksyen 15 (1), (2), (3) Akta Pencegahan Ra-suah 1997
dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970.


DALIL KELIMA PULUH EMPAT:
Telah menggunakan kedudukannya sebagai Pengarah @ Pegawai Eksekutif Yayasan Sabah secara sedar telah meluluskan konsesi pembalakan di kawasan Yayasan Sabah seluas 12,700 hektar kepada brokernya, Admund Looi melalui syarikat Gasing Selatan Sdn. Bhd dan telah menerima sejumlah
RM13 juta daripada Admund Looi. Musa secara sedar telah menerima rasuah dan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997), Seksyen 12 (1), (a), (b), (c), (d) Bahagian III Akta Pencegahan Rasuah
1997; Seksyen 15 (1), (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997
dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970.


DALIL KELIMA PULUH LIMA:
Telah menggunakan kedudukannya sebagai Pengarah @ Pegawai Eksekutif Yayasan Sabah secara sedar telah meluluskan konsesi pembalakan di kawasan Yayasan Sabah seluas 12,700 hektar kepada brokernya, Admund Looi melalui syarikat Eden Region Sdn. Bhd dan telah menerima sejumlah RM10 juta
daripada Admund Looi. Bapa saudara Admund Looi, Lim Meow Fook merupakan pengarah Eden Region Sdn.Bhd. Musa secara sedar telah menerima rasuah dan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997), Seksyen 12 (1), (a), (b), (c), (d) Bahagian III Akta Pencegahan Rasuah 1997; Seksyen 15 (1), (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970.


DALIL KELIMA PULUH ENAM:
Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah secara sedar telah meluluskan konsesi pembalakan di kawasan koridor FMU 8, Pensiangan seluas 14,193 hektar kepada syarikat Kenangan Cergas (M) Sdn. Bhd (Anak Syarikat Idris Hydraulic Sdn.Bhd yang hanya mempunyai modal berbayar RM2) dan Musa telah menerima sejumlah RM17 juta daripada syarikat berkenaan walaupun Jabatan Alam Sekitar ’Tidak Meluluskan’ La-poran EIA yang dikemukakan melalui Tropplant Foresters Sdn. Bhd. dan sehubungan itu Musa telah melakukan kesala-han di bawah Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997), Seksyen 12 (1), (a), (b), (c), (d) Bahagian III Akta Pencegahan Rasuah 1997; Seksyen 15 (1), (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan Seksyen 2 (2) Ordinan.


DALIL KELIMA PULUH TUJUH:
Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah secara sedar telah melulus-kan konsesi pembalakan di kawasan Hutan Simpan Sg. Tagul, Sg. Temalasak & Sg. Sapulut, Nabawan, Pensiangan seluas 11,164 hektar kepada syarikat Idris Hydraulic (Malaysia) Berhad.
Musa juga telah menerima sejumlah
RM10 juta daripada syarikat tersebut dan sehubungan itu Musa telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997), Seksyen 12 (1), (a), (b), (c), (d) Bahagian III Akta Pencegahan Rasuah 1997; Seksyen 15 (1), (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970.


DALIL KELIMA PULUH LAPAN:
Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah secara sedar telah melulus-kan konsesi pembalakan di kawasan Hutan Simpan Pensiangan seluas 3,228.48 hektar kepada syarikat Emijadi Sdn. Bhd yang hanya mempunyai modal berbayar RM2 dan telah menerima sejumlah RM5 juta daripada syarikat
berkenaan. Sehubungan itu Musa telah melakukan kesalahan di bawah
Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan
1997), Seksyen 12 (1), (a), (b), (c), (d) Bahagian III Akta Pencegahan Rasuah 1997; Seksyen 15 (1), (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997
dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970.



DALIL KELIMA PULUH SEMBILAN:
Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah secara sedar telah melu-luskan konsesi pembalakan di kawasan koridor barat Hutan Simpan Trusmadi di Ranau seluas 30,960 hektar kepada syarikat Anika Desiran Sdn. Bhd yang dimiliki oleh Dewan Perniagaan Bumpiutera, Kadazan dan Cina
untuk mengukuhkan pengaruh politiknya dan telah menerima sejumlah RM32 juta daripada Lim Ba Chong @ Lim Kim Yeo, Pengarah Veetar Kinabalu Planta-tions Sdn.Bhd (Pemegang Saham terbesar dan subsidiari Vee Seng Plantation Sdn.Bhd) dan sehubungan itu Musa telah mela-kukan kesalahan di bawah Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997), Seksyen 12 (1), (a), (b), (c), (d) Bahagian III Akta Pencegahan Rasuah 1997; Seksyen 15 (1), (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970.


DALIL KEENAM PULUH:
Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah secara sedar telah meluluskan kon-sesi pembalakan di kawasan Benta Wawasan (Coupe BW 07/04) Lahad Datu, seluas 25,130 hektar kepada syarikat Sabavital Sdn. Bhd dan telah menerima sejumlah RM25 juta daripada Tan Sri KK Chai,
proksi syarikat berkenaan dan sehubungan itu Musa telah melakukan kesalahan di bawah
Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara
Jenayah (Pindaan 1997), Seksyen 12 (1), (a), (b), (c), (d) Bahagian III Akta Pencegahan Rasuah 1997; Seksyen 15 (1), (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997
dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970.


DALIL KEENAM PULUH SATU:
Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah dan Pengerusi Barisan Nasional Sabah secara sedar telah meluluskan konsesi pembalakan di kawasan Hutan Simpan Sapulut, Pensiangan seluas 1,500 hektar kepada syarikat Accogold Sdn.Bhd sekalipun beliau mengetahui laporan EIA yang dikemukakan oleh Iklim
Consult Sdn.Bhd
tidak diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar. Musa juga turut meluluskan sejumlah 1,000 hektar lagi di Hutan Simpan Pensiangan,
Nabawan kepada syarikat berkenaan walaupun Musa tahu bahawa beliau telah menggunakan kedudukannya untuk memperkukuhkan sokongan daripada Parti Komponen
Barisan Nasional. Sekalipun Musa tidak mene-rima sebarang wang tunai daripada syarikat berkenaan, namun mempunyai kepentingan politik kerana pemegang Saham
utama syarikat berkenaan ialah
Datuk Christine Vanhouten (Ketua Wanita UPKO) dan Viola Giluk Dompok (adik Tan Sri Bernard Giluk
Dompok, Presiden UPKO). Sehubungan itu Musa telah melakukan kesalahan di bawah
Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah
(Pindaan 1997),
dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970.


DALIL KEENAM PULUH DUA:
Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah secara sedar telah melu-luskan konsesi pembalakan di kawasan Hutan Simpan Pensiangan, Sapulut, Nabawan seluas 6,000 hektar kepada syarikat RKK Sdn.Bhd dan telah menerima sejumlah RM7 juta daripada syarikat berkenaan dan
sehubungan itu Musa telah mela-kukan kesalahan di bawah
Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997), Seksyen 12 (1), (a), (b), (c), (d) Bahagian III Akta Pencegahan Rasuah 1997; Seksyen 15 (1), (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970.


DALIL KEENAM PULUH TIGA:
Telah menggunakan kedudukannya
sebagai Ketua Menteri Sabah secara sedar telah meluluskan konsesi pembalakan di
kawasan Hutan Simpan Pensiangan, Sapulut, Nabawan seluas

2,043.13
hektar
kepada syarikat daripada Johor,
Makmuran Sdn.Bhd
(subsidiary
Sindora Ventures Sdn.Bhd)
dan telah menerima sejumlah
RM2 juta
daripada
Md Tamyes A Rahim
,
pengarah syarikat berkenaan dan sehubungan itu Musa telah melakukan kesalahan di
bawah
Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara
Jenayah (Pindaan 1997), Seksyen 12 (1), (a), (b), (c), (d) Bahagian III Akta
Pencegahan Rasuah 1997; Seksyen 15 (1), (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997

dan
Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970.



DALIL KEENAM PULUH EMPAT:
Telah menggunakan kedudukannya
sebagai Ketua Menteri Sabah dan Pengerusi Lem-baga Pemegang Amanah Yayasan Sabah
secara sedar telah meluluskan konsesi pembalakan di kawasan Yayasan Sabah Lahad
Datu (Malua) seluas
15,000 hektar
kepada syarikat
Saingan Mewah Sdn.Bhd
yang salah seorang pemegang
sahamnya merupakan keluarga kepada isterinya,
Rahmawati
Idris
. Musa secara
sedar mengetahui bahawa Pengarah dan Pemegang Saham Saingan Mewah iaitu

Rahimawati Binti Masri
(650707-12-5048) adalah
Pendatang Asing Tanpa Izin
yang telah diberikan kad
pengenalan projek oleh
Task Force UMNO
yang ketika itu Musa menjadi
pengerusinya dan mem-beri kad pengenalan bernombor

H0522055
. Musa turut
memberikan kad pengenalan
H0521665
yang membolehkan suami
Rahimawati, Sulaiman Bin Jumal tinggal di Sabah walaupun Musa mengetahui bahawa
kad pengenalan (KPT) yang dimiliki oleh Sulaiman

590110-12-5035
tidak
merujuk kepadanya (Palsu). Akibat perbuatan Musa memberikan kerakyatan song-sang
kepada Rahimawati dan Sulaiman, kedua-dua anak Rahimawati iaitu, Sudirman
Sulaiman No.
KPT 820621-12-5353
dan Masniaty Sulaiman No.
KPT 831020-12-5052
ditulenkan sebagai bumiputera
Sabah. Musa juga telah menerima sejum-lah
RM15 juta
daripada
Tan Sri KK Chai
yang telah membeli syarikat
berkenaan dan sehubungan itu Musa telah melaku-kan perbuatan yang mengancam
keselamatan Negara dan melakukan kesalahan di bawah

Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997), Seksyen 12
(1), (a), (b), (c), (d) Bahagian III Akta Pencegahan Rasuah 1997; Seksyen 15
(1), (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997, Seksyen 8(1) Akta Keselamatan Dalam
Negeri (ISA) 1960
dan
Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat,
1970.



DALIL KEENAM PULUH LIMA:
Telah menggunakan kedudukannya
sebagai Ketua Menteri Sabah dan Pengerusi Lemba-ga Pemegang Amanah Yayasan Sabah
secara sedar telah meluluskan konsesi pembalakan di kawasan Benta Wawasan (Coupe
BW.07/2003) Lahad Datu seluas
20,000 hektar
kepada syarikat
Sabavital Sdn.Bhd.
Musa juga telah menerima
sejumlah
RM20 juta
daripada
Tan Sri KK Chai

dan sehubungan itu Musa telah melakukan kesalahan di bawah

Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan
1997), Seksyen 12 (1), (a), (b), (c), (d) Bahagian III Akta Pencegahan Rasuah
1997; Seksyen 15 (1), (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997

dan
Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970.



DALIL KEENAM PULUH ENAM:
Telah menggunakan kedudukannya
sebagai Ketua Menteri Sabah secara sedar telah meluluskan konsesi pembalakan di
kawasan Hutan Simpan Kuamut, Kinabatangan seluas 4,000 hektar kepada syarikat
Ivory Bay Sdn.Bhd.
Musa juga telah meluluskan 4,000 hektar lagi di Konsesi Pembalakan Yayasan Sabah
Lahad Datu menjadikan kesemuanya
8,000 hektar
menerima sejumlah
RM8 juta
daripada syarikat tersebut dan
sehubungan itu Musa telah melakukan kesalahan di bawah

Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997), Seksyen 12
(1), (a), (b), (c), (d) Bahagian III Akta Pencegahan Rasuah 1997; Seksyen 15
(1), (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997

dan
Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970.



DALIL KEENAM PULUH TUJUH:
Telah menggunakan kedudukannya
sebagai Ketua Menteri Sabah secara sedar telah meluluskan konsesi pembalakan di
kawasan Hutan Simpan Sapulut, Nabawan seluas
4,790.67
hektar
kepada
syarikat
Sapulut Forest Development Sdn.Bhd.
Musa juga telah menerima sejumlah
RM5 juta
daripada syarikat tersebut dan
sehubungan itu Musa telah melakukan kesalahan di bawah

Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997), Seksyen 12
(1), (a), (b), (c), (d) Bahagian III Akta Pencegahan Rasuah 1997; Seksyen 15
(1), (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997

dan
Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970.



DALIL KEENAM PULUH LAPAN:
Telah menggunakan kedudukannya
sebagai Ketua Menteri Sabah secara sedar telah meluluskan konsesi pembalakan di
kawasan Hutan Simpan Ulu Sungai Padas, Tenom seluas

2,797.94 hektar

kepada sya-rikat
Caya Jadi Sdn.Bhd.
Musa juga telah menerima
sejumlah
RM3 juta
daripada syarikat tersebut dan
sehubungan itu Musa telah melakukan kesalahan di bawah

Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997), Seksyen 12
(1), (a), (b), (c), (d) Bahagian III Akta Pencegahan Rasuah 1997; Seksyen 15
(1), (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997

dan
Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970.



DALIL KEENAM PULUH SEMBILAN:
Telah menggunakan kedudukannya
sebagai Ketua Menteri Sabah secara sedar telah meluluskan konsesi pembalakan di
kawasan Koridor Hutan Simpan Sapulut, Nabawan seluas

11,800
hektar kepada
syarikat
Sapulut Forest Development Sdn.Bhd.
Musa juga telah menerima
sejumlah
RM13 juta
daripada syarikat tersebut dan
sehubungan itu Musa telah melakukan kesalahan di bawah

Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997), Seksyen 12
(1), (a), (b), (c), (d) Bahagian III Akta Pencegahan Rasuah 1997; Seksyen 15
(1), (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997

dan
Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970.



DALIL KETUJUH PULUH:
Telah menggunakan kedudukannya
sebagai Ketua Menteri Sabah secara sedar telah melulus-kan konsesi pembalakan di
kawasan Benta Wawasan (Coupe BW 07/04), Lahad Datu seluas

25,130 hektar

kepada syarikat
Sabavital Sdn.Bhd.
Musa juga telah menerima
sejumlah
RM25 juta
daripada syarikat tersebut dan
sehubungan itu Musa telah melakukan kesalahan di bawah

Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997), Sek-syen 12
(1), (a), (b), (c), (d) Bahagian III Akta Pencegahan Rasuah 1997; Seksyen 15
(1), (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997

dan
Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970.



DALIL KETUJUH PULUH SATU:
Telah menggunakan kedudukannya
sebagai Ketua Menteri Sabah dan Pengerusi Lem-baga Pemegang Amanah Yayasan Sabah
secara sedar telah meluluskan konsesi pembalakan di kawasan Hutan Simpan Kuamut,
Kinabatangan, seluas
8,000
hektar dan
12,000 hektar
lagi di Konsesi Yayasan Sabah
Sandakan kepada syarikat
Melur Azim Sdn.Bhd.
Musa juga telah menerima sejumlah
RM20 juta
daripada syarikat tersebut dan
sehubungan itu Musa telah melakukan kesalahan di bawah

Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997), Seksyen 12
(1), (a), (b), (c), (d) Bahagian III Akta Pencegahan Rasuah 1997; Seksyen 15
(1), (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997

dan
Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970.



DALIL KETUJUH PULUH DUA:
Telah menggunakan kedudukannya
sebagai Ketua Menteri Sabah dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah
secara sedar telah meluluskan konsesi pembalakan di kawasan Konsesi Yayasan
Sabah (FMU 15a) berdekatan Hutan Simpan Sg. Pinangah, Tongod seluas

12,005 hektar
kepada brokernya,
Admund Looi
melalui syarikat
Gasing Selatan Sdn. Bhd
dan telah menerima sejumlah
RM13 juta
daripada Admund Looi. Sehubungan
itu Musa telah melakukan kesalahan di bawah
Seksyen
161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997), Seksyen 12 (1), (a),
(b), (c), (d) Bahagian III Akta Pencegahan Rasuah 1997; Seksyen 15 (1), (2), (3)
Akta Pencegahan Rasuah 1997

dan
Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970.



DALIL KETUJUH PULUH TIGA:
Telah menggunakan kedudukannya
sebagai Ketua Menteri Sabah dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah
secara sedar telah meluluskan ‘
Monopoli’
konsesi pembalakan di kawasan
Cerun Curam
melebihi
25 darjah

menggunakan helikopter dan kawasan diharamkan pembalakan seperti reparian dan
takungan air di Blok YLH-B, Lahad Datu seluas
6,470
hektar
dan
40,000 hektar
di seluruh Sabah kepada syarikat
Asiatic Lumber Industries Sdn. Bhd.
Musa sedar, Dasar Kerajaan
Negeri Sabah mengharamkan kegiatan pembalakan di kawa-san bercerun 25 darjah
kerana mencemarkan alam sekitar, ekosistem, kitaran hidrologi, kawasan tadahan
air dan hakisan tanah, namun telah meluluskan kegiatan pembalakan menggunakan
helikopter Skycrane iaitu
Sikorsky S64E
pada
Jun 2004
secara ’Blanket
Approval
’ kononnya
untuk melaksanakan Sistem Pembalakan Impak Rendah dan Pelan Penuaian Terperinci.
Musa juga telah menerima sejumlah
RM60 juta
daripada Pengarah syarikat
tersebut,
John Nip Wing Hon
dan sehubungan itu Musa telah
melakukan kesalahan di bawah
Seksyen 161, Bab IX, Akta
574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997), Seksyen 12 (1), (a), (b), (c), (d)
Bahagian III Akta Pencegahan Rasuah 1997; Seksyen 15 (1), (2), (3) Akta
Pencegahan Rasuah 1997

dan
Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970.



DALIL KETUJUH PULUH EMPAT:
Telah menggunakan kedudukannya
sebagai Ketua Menteri Sabah secara sedar telah meluluskan konsesi pembalakan di
kawasan Hutan Simpan Kalabakan seluas
10,093 hektar
kepada syarikat
Golden Vision Development Sdn.Bhd.
dan telah menerima sejumlah
RM8 juta
daripada syarikat tersebut dan
sehubungan itu Musa telah mela-kukan kesalahan di bawah

Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997), Seksyen 12
(1), (a), (b), (c), (d) Bahagian III Akta Pencegahan Rasuah 1997; Seksyen 15
(1), (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997

dan
Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970.



DALIL KETUJUH PULUH LIMA:
Telah menggunakan kedudukannya
sebagai Ketua Menteri Sabah dan Pengerusi Lem-baga Pemegang Amanah Yayasan Sabah
secara sedar telah meluluskan konsesi pembalakan di kawasan Konsesi Pem-balakan
Yayasan Sabah (Coupe YS 2/06) Hutan Simpan Sungai Pinangah, Tongod seluas

4,500 hektar
kepada syarikat
Rimba Kita Sdn.Bhd.
dan telah menerima sejumlah
RM5 juta
daripada syarikat tersebut dan
sehubungan itu Musa telah melakukan kesalahan di bawah

Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997), Seksyen 12
(1), (a), (b), (c), (d) Bahagian III Akta Pencegahan Rasuah 1997; Seksyen 15
(1), (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997

dan
Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970.



DALIL KETUJUH PULUH ENAM:
Telah menggunakan kedudukannya
sebagai Ketua Menteri Sabah secara sedar telah meluluskan konsesi pembalakan di
kawasan Hutan Simpan Tangkulap, Telupid seluas
5,000
hektar
kepada
syarikat
Ketara Cekap Sdn.Bhd.
dan telah menerima sejumlah
RM5 juta
daripada syarikat tersebut dan
sehubungan itu Musa telah mela-kukan kesalahan di bawah

Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997), Seksyen 12
(1), (a), (b), (c), (d) Bahagian III Akta Pencegahan Rasuah 1997; Seksyen 15
(1), (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997

dan
Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970.



DALIL KETUJUH PULUH TUJUH:
Telah menggunakan kedudukannya
sebagai Ketua Menteri Sabah secara sedar telah meluluskan konsesi pembalakan di
kawasan Hutan Simpan Bonggaya, Beluran seluas
3,960
hektar kepada syarikat
Gema-ra Sdn.Bhd.
dan telah menerima sejumlah
RM2 juta
daripada syarikat tersebut dan
sehubungan itu Musa telah melakukan kesalahan di bawah

Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997), Seksyen 12
(1), (a), (b), (c), (d) Bahagian III Akta Pencegahan Rasuah 1997; Seksyen 15
(1), (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997

dan
Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970.



DALIL KETUJUH PULUH LAPAN:
Telah menggunakan kedudukannya
sebagai Ketua Menteri Sabah secara sedar telah meluluskan konsesi pembalakan di
kawasan Sungai Talankai, Hutan Simpan Kelas II, Pensiangan, Nabawan seluas
986.04
hektar kepada saudara maranya,
Mohd Ali Razali Bin S A Rashid (720907-12-5027)
melalui syarikat
Himpunan Tenang Sdn. Bhd.
dan sehubungan itu Musa telah melakukan kesalahan di bawah

Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan
1997)
dan
Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970.



DALIL KETUJUH PULUH SEMBILAN:
Telah menggunakan kedudukannya
sebagai Ketua Menteri Sabah dan Pengerusi Lem-baga Pemegang Amanah Yayasan Sabah
secara sedar telah meluluskan konsesi pembalakan di

Coupe YS/4/06, YS 8/06

dan YS
9/06
di kawasan
konsesi Yayasan Sabah Lahad Datu
12,500
hektar kepada syarikat yang
hanya mempunyai modal berbayar
RM2
iaitu
Onbumi Sdn.Bhd
dan
menerima sejumlah
RM13 juta.
Musa telah melakukan kesalahan di bawah
Seksyen 161,
Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997), Seksyen 12 (1), (a), (b),
(c), (d) Bahagian III Akta Pencegahan Rasuah 1997; Seksyen 15 (1), (2), (3) Akta
Pencegahan Rasuah 1997

dan
Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970.



DALIL KELAPAN PULUH:
Telah menggunakan kedudukannya
sebagai Ketua Menteri Sabah dan Pengerusi Lembaga Peme-gang Amanah Yayasan Sabah
secara sedar telah meluluskan konsesi pembalakan di

Coupe YS 3/06, YS 5/06

Admin · 211 views · Leave a comment
05 May 2008 
Siswi juga kena cemerlang akhlak

Berita Harian - 07 Julai 2006

SEBAGAI wanita sememangnya saya berbangga dengan kecemerlangan dalam pendidikan yang ditunjukkan pelajar wanita masa kini. Jumlah mereka di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) lebih ramai daripada lelaki (lihat laporan muka depan akhbar ini, semalam) adalah bukti kecemerlangan itu.

Malah, dalam setiap majlis konvokesyen, graduan yang diumumkan memperoleh Kepujian Kelas Pertama, kebanyakannya wanita.

Bagaimanapun, kebanggaan itu ada batasnya apabila saya bukan setakat mendengar, malah menyaksikan sendiri kepincangan akhlak siswi IPT dewasa ini. Memang benar lelaki juga mempunyai saham besar dalam masalah akhlak pelajar wanita di universiti, tetapi ia turut dibantu siswi sendiri.


Pendedahan mengenai perkara ini dalam media massa dan internet membuktikan ia bukan cakap kosong yang cemburu atau ingin mengkhianati kejayaan wanita.


Berikut ialah contohnya;

Seorang siswi mengadu dalam ruangan masalah dalam sebuah majalah remaja bahawa dia terlanjur dengan kekasihnya. Katanya lagi, semuanya atas pujuk rayu si lelaki dan kerana dia takut kehilangan cinta lelaki itu.

Seorang lelaki bangsa asing dalam satu forum internet dengan bangga menyatakan dia banyak menikmati tubuh gadis pelajar IPT yang memburu suami orang berada dengan alasan ‘cari duit lebih'.

Gejala siswi melacur kerana inginkan kemewahan hidup, bukan untuk menampung kos pengajian (kalau benar pun, ia tidak sesekali menghalalkan dosa itu!) sebenarnya sudah tiba ke tahap tenat. Kakak ipar saya, seorang wartawan mengesahkannya sendiri ketika berpeluang menemui mereka di sebuah hotel secara menyamar dan berjaya membongkar kisah mereka.

Apa yang menyedihkan, antara yang terbabit adalah siswi yang cemerlang dalam pelajaran dan melakukannya dari tahun pertama hingga tahun akhir pengajian!

Saya nampak sendiri beberapa siswi yang saya kenali ketika di kampus elok bertudung litup tetapi bila malam memakai jaket ‘windbreaker', jeans ketat dan tudung, menaiki teksi ke disko. Tiba di sana , jaket dan tudung dibuka, yang tinggal hanya jeans yang hampir mendedahkan lurah punggung dan baju ketat tak berlengan yang mendedahkan bahu, separuh payu dara dan ketiak.

Pulang ke rumah sewa menjelang dinihari dengan bau rokok dan arak! Ia disahkan oleh teman serumahnya. Bagi yang tinggal di asrama, esoknya baru pulang dari hotel atau rumah teman lelaki.

Tanpa segan silu, sekumpulan remaja lelaki yang duduk berhampiran meja saya di sebuah restoran baru-baru ini menceritakan mereka berjaya melakukan seks dengan siswi yang dikenali melalui internet. Bertukar-tukar nombor telefon bimbit kemudian diajak ke hotel untuk bermalam dan seterusnya berzina.

Memang mereka lelaki yang tidak bertanggungjawab tetapi sebagai wanita terpelajar, siswi berkenaan sepatutnya tahu bahawa mereka tidak boleh mengikut lelaki yang baru dikenali. Perkara ini saya yakin berulang kali diingatkan oleh guru dan ibu bapa dan melalui media massa , kenapa masih tidak ambil berat? Buat-buat lupa atau ‘desperate' mahu cari teman lelaki.

Tidak dinafikan ramai daripada mereka meneruskan pengajian hingga tamat dan ada yang lulus cemerlang. Adakah ini yang kita inginkan dari generasi baru wanita Melayu? Cukupkah dengan segulung ijazah, kerja bagus, pendapatan lumayan, sebuah kereta, sebuah rumah kalau maruah diri sudah hancur? Dirogol ketika pulang kuliah atau asrama diceroboh jauh bezanya dengan menyerahkan tubuh kepada kekasih atau lelaki selepas hanyut dalam keseronokan ‘cinta' yang sebenarnyanarnya ditunjangi nafsu.


Mungkin masih ramai lelaki yang boleh menerima mangsa rogol sebagai isteri tapi bukan mereka yang ‘murah' seperti siswi yang menjadi hamba nafsu ini. Janganlah merungut jika sukar mencari lelaki berkualiti atau suami salih kalau diri sendiri pun mudah sangat diusung ke sana ke sini dan dijadikan hidangan lelaki tanpa mengira usia atau kaum dan pernah menggugurkan kandungan hasil zina berulang kali ketika di kampus dahulu!

Kita sibuk dengan peningkatan jumlah lelaki di pusat serenti dan penjara serta asyik dibuai dengan jaminan bahawa suatu hari nanti kita wanita ‘akan menjadi penentu hala tuju negara' tetapi kita lupa jumlah siswi ‘rosak' kian meningkat.

Janganlah hanya kerana ketekunan mereka belajar dari bangku sekolah hingga ke dewan kuliah, atau mungkin kerana kejelitaan paras rupa mereka, kita warga masyarakat menutup sebelah mata terhadap ‘ugly side' dalam kelompok siswi berkenaan.

Apakah ini bakal wanita berkerjaya yang suatu hari kita harapkan memimpin negara dan menjadi suri teladan? Mahukah kita bertuankan wanita yang pandai dalam akademik tetapi berakhlak setaraf bintang porno? Alasan bahawa ‘kami kaum yang lemah dan senang termakan pujuk rayu' saya rasa tidak lagi relevan dengan dunia wanita zaman moden ini.

Kalau kita tidak suka dianggap golongan lemah mengapa dalam saat kita hanya perlu tumpukan perhatian kepada pelajaran, kita sibuk mencari teman lelaki atau mudah sangat menerima cinta lelaki yang belum tentu ikhlas?

Anehnya, kalau diajak berdebat mengenai hak wanita dan kemampuan wanita pasti semua akan mendabik dada sambil menegaskan ‘kami wanita yang tabah dan kuat serta tidak mudah terpedaya dengan perangkap lelaki'. Ironik bukan?

Saudari siswi sekalian, atas keprihatinan seorang kakak, saya suka mengingatkan bahawa sombong seorang siswi bukanlah kerana ia tidak mahu menerima salam perkenalan daripada seorang lelaki ketika masih bergelar penuntut. Andai kita menerima budaya ‘clubbing' dan seks bebas sebagai cara hidup, kita sama hina dengan lelaki keciciran sekolah yang berulang kali keluar masuk pusat serenti.


NADIRA OSMAN

UM, Kuala Lumpur
Admin · 61 views · Leave a comment
05 May 2008 
Story 1 :

Mungkin sudah tidak ada lagi undang-undang tanah di Sabah kerana Pegawai Daerah gagal menjalankan tugas sebagai Penolong Pemungut Hasil Tanah dan Ketua Polis Daerah semakin dungu kerana dikaburi rasuah.

Baru-baru ini, Malaysia Today telah melaporkan peristiwa pencerobohan tanah Skim Pekebun Kecil Tingkayu oleh Syarikat Kerjasama Perkembangan Tanah Tingkayu Berhad (RCS.189/67) yang didaftarkan di Jabatan Pembangunan Koperasi telah menggunakan taktik Mafia dengan menakutkan penduduk para Pekebun Kecil Tingkayu, Kunak dengan bantuan Ketua Polis Daerah Kunak, DSP Dingka Utoh.

Senario yang berlaku ketika ini amat membingungkan para pekebun kecil kerana tiada tempat mengadu apabila Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman pada 30 November 2005 telah meluluskan pengeluaran geran tanah CL 245361951 seluas 1,340 hektar kepada Syarikat Kerjasama Perkembangan Tanah Tingkayu Berhad berasaskan PT 77110734 melalui kelulusan MNR 119/34 V II/97 yang dibatalkan kerana Koperasi memalsukan maklumat ahli.

Pengeluaran geran tanah ini telah menyebabkan semua pihak menjadi bacul kerana berpendapat bahawa tanah berkenaan adalah hak mutlak Syarikat Kerjasama Perkembangan Tanah Tingkayu Berhad (Koperasi), sedangkan tanah berkenaan diusahakan oleh Skim Pekebun Kecil Tingkayu dengan kebenaran Jabatan Tanah dan Ukur dan Hasil Bumi sebelum ini.

Jika dalam kes Ladang Latangon di Kinabatangan, Ketua Polis Daerah, DSP Jaini Abdul Kadir enggan mengambil tindakan terhadap Kwantas Corporation Berhad yang dituduh menceroboh tanah adat Gabungan Saga seluas 611 ekar semata-mata kerana berpendapat Kwantas telah menanam kelapa sawit di atas tanah yang dikeluarkan geran kepada Gabungan Saga Sdn.Bhd.

Namun dalam kes Skim Pekebun Kecil Kunak, Ketua Polis Daerah Kunak, Dingka Utoh enggan campurtangan apabila Koperasi telah ‘merasuah’ beliau melalui Merityield Sdn.Bhd dengan menyerahkan kes berkenaan kepada Mahkamah.

Kejadian penggunaan senjata api dan lima das tembakan rambang yang dilepaskan ke udara oleh ‘Mafia’ yang diketuai oleh Alimuddin Mohd Ajay dan diupah oleh Merityield Sdn.Bhd, bagaikan dalam filem koboi kerana ‘Sherif’ (Ketua Polis Daerah) yang menjaga Pekan Koboi Kunak enggan mengambil tindakan terhadap ‘Mafia’ yang menampar seorang pekebun kecil di hadapan polis semata-mata kerana mangsa menyerahkan kelongsong peluru kepada polis dan enggan menerima laporan polis yang ingin dibuat oleh mangsa.

Alimuddin sebelum ini telah mempunyai hubungan rapat dengan Dingka kerana sebelum menjadi ‘Mafia’ di Skim Pekebun Kecil Tingkayu, Alimuddin menjalankan kegiatan menyeludup minyak diesel subsidi ke Filipina selama lebih tiga tahun.

Jika Ketua Polis Daerah Kunak bijaksana dan Penolong Pemungut Hasil Tanah Kunak (PPHT) berpengalaman, mereka akan meminta Koperasi jangan melakukan apa-apa sehingga Mahkamah memutuskan siapa yang berhak ke atas tanah berkenaan berdasarkan kes rujukan di Latangon, Kinabatangan.

Tanpa Writ Pemilikan yang dikeluarkan Mahkamah, adalah terlalu kejam jika Ketua Polis Daerah dan PPHT menutup mata di atas jenayah yang dilakukan oleh Koperasi yang ditunggang oleh syarikat yang menjalankan perniagaan ‘Along’ merampas tanah rakyat.

Para pekebun kecil mempunyai hak dan kepentingan di atas tanah yang diusahakan dan adalah menjadi tanggungjawab Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) Sabah, Puan Latifah Md Yatim menyiasat bagaimana Ketua Polis Daerah dan PPHT boleh bersubahat dan bersekongkol menzalimi para pekebun kecil tanpa sebarang arahan mahkamah.

Walaupun kes berkenaan masih dibicarakan di Mahkamah, namun perlakuan rasuah tidak tertakluk kepada kes yang dibicarakan di mahkamah atau tidak.

PPHT Kunak, Susilo Sumarto, yang sebelum ini dimalukan di Mahkamah Lahad Datu kerana meluluskan tahanan reman tanpa melihat tertuduh yang berada di dalam kenderaan polis ketika cuti umum, kini semakin bingung menjalankan tugas sebagai PPHT.

Para pekebun kecil telah mengadu kepada beliau bahawa jalan masuk ke penempatan mereka ditutup dan Koperasi Mafia telah memetik buah kelapa sawit yang mereka tanam, dengan kawalan lengkap bersenjata di atas tanah mereka, namun PPHT yang bingung ini mengatakan beliau tidak dapat berbuat apa-apa kerana kes berkenaan dibicarakan di mahkamah.

Perlukah pekebun kecil seramai 170 keluarga atau 700 penduduk bangkit menentang dan menangkap 40 pengawal yang diupah Koperasi Mafia berkenaan atau membunuh mereka barulah polis dan PPHT mahu bertindak?

Admin · 60 views · 1 comment